KADAZANDUSUN
DAN LAGENDA HUMINODUN
Pencerita:
Pada suatu ketika dahulu, terdapat sebuah perkampungan yang aman dan damai.
Kampung tersebut didiami oleh masyarakat Kadazan Dusun. Kehidupan masyarakat di
kampung tersebut amat bergantung kepada hasil pertanian dan hasil hutan.
Babak
1
Tempat: sawah/huma
Waktu: Petang
(Beberapa
orang penduduk kampung sedang menjalankan aktiviti pertanian. Terdapat penduduk
yang mengetam padi, ada yang sedang menumbuk padi dan ada juga yang sedang
menampi padi)
Penduduk I: Alangkah nyamannya angin
petang ini.
Penduduk II: Ya. Angin yang bertiup
ini menyebarkan haruman padi baru kita ini.
Penduduk III: Kita harus berterima
kasih kepada cuaca dan tanah ini. Tanpa
cuaca yang baik dan tanah yang subur tentu kita tidak akan mendapatkan hasil
pertanian seperti ini.
Penduduk I:Katamu benar, sahabat.
Hidup kita tentu amat susah sekiranya hasil pertanian kita berkurang.
Babak
2
Tempat: Sawah/huma
Waktu: Siang
Pencerita:
keamanan dan kedamaian kampung tersebut tidak berkekalan. Pada suatu hari,
kemarau panjang telah melanda kampung tersebut. Kemarau tersebut telah
menyebabkan tanaman penduduk mati dan air sungai menjadi kering. Haiwan
ternakan mereka juga mati kerana cuaca yang sangat panas. Penduduk kampung juga
dijangkiti penyakit akibat kekurangan makanan berkhasiat.
(penduduk
sedang berkumpul untuk membincangkan kejadian kemarau yang melanda kampung
mereka. Suasana pada ketika itu agak riuh dengan keluhan penduduk kampung)
Penduduk I: Mengapa semua ini
berlaku? Apakah kesalahan yang kita perbuat sehingga kampung kita dilanda
kemarau?
Penduduk II: kemarau ini menyebabkan
kita sengsara. Ayam dan lembu pun hampir semuanya mati.
Penduduk III: bekalan makanan hasil
pertanian lalu juga hampir habis. Air sungai juga sudah kontang. Bagaimana kita
hendak meneruskan kehidupan tanpa bekalan makanan dan bekalan air yang
mencukupi?
Penduduk II: apakah yang perlu kita
lakukan? Apakah terdapat cara untuk kita keluar daripada kesengsaraan ini?
Penduduk III: marilah kita bertanya
kepada Kinoingan. Tentu dia mempunyai jalan keluar kepada permasalahan ini.
Penduduk I: saya bersetuju! Ayuh kita
pergi berjumpa dengan Kinoingan.
Semua Penduduk: Ayuh!
(semua
penduduk kampung tersebut beredar menuju ke rumah Kinoingan)
Babak
3
(Kinoingan,
Suminundu dan Huminodun berdiri di tengah pentas)
Pencerita:
menurut kepercayaan masyarakat di kampung tersebut, Kinoingan merupakan Tuhan
mereka. Kinoingan mempunyai seorang anak gadis hasil perkongsian hidupnya
dengan isterinya, Suminundu.
(Kinoingan
dan Suminundu meninggalkan pentas dan beberapa orang penduduk kampung masuk
mengambil posisi masing-masing)
Pencerita: Anak gadis Kinoingan
bernama Huminodun. Huminodun merupakan seorang gadis yang sungguh jelita dan
lemah-lembut. Semua penduduk terutamanya pemuda kampung tersebut terpesona
dengan kecantikan Huminodun. Penduduk kampung bukan sahaja terpesona dengan
kecantikannya namun juga tertarik dengan sifat penyayang dan berbelas kasihan
yang dimiliki Huminodun.
(Para
pelakon melakukan aksi sesuai dengan pernyataan yang dinyatakan oleh pencerita.
Selepas beberapa ketika Kinoingan dan Suminundu masuk semula ke pentas. Penduduk
kampung pula meninggalkan Kinoingan sekeluarga di pentas tersebut. Seketika
kemudian sekumpulan penduduk yang diketuai Penduduk I, Penduduk II dan Penduduk
III muncul menuju ke rumah Kinoingan)
Penduduk I: Kinoingan oh Kinoingan!
Kinoingan: Ambalut, kamu rupanya! Apa
yang menyebabkan kamu kemari?
Penduduk I: Begini Kinoingan, kami
mahu mengadu tentang kemarau yang melanda kampung ini. kemarau ini telah
membuatkan semua penduduk kampung sengsara.
Penduduk III: Betul katanya,
Kinoingan. Kami semua sudah kekurangan sumber makanan dan sumber air. Haiwan
ternakan juga banyak yang mati.
Penduduk II: bukan itu sahaja,
kekurangan makanan disebabkan kemarau ini juga menyebabkan penyakit berjangkit
semakin merebak.
Penduduk III: tolonglah kami
Kinoingan. Kamu tentu mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Penduduk I: hanya kamu tempat kami
berharap sekarang ini.
Penduduk II: (Berpaling kepada
penduduk kampung yang lain) Kinoingan adalah harapan terakhir kita!
Semua Penduduk: Ya!!
Kinoingan: (berfikir sejenak) kamu semua baliklah dahulu. Nanti saya akan
memikirkan penyelesaiannya.
(penduduk
kampung pun beredar dari rumah Kinoingan)
Babak
4
Tempat: Rumah Kinoingan
Waktu: malam
(kinoingan
sedang duduk di sebuah kerusi sambil memikirkan masalah kemarau yang sedang
melanda kampung. Huminodun dan ibunya pula sedang duduk bersimpuh melipat kain)
Suara Ghaib: Kinoingan… Kinoingan….
(kinoingan
sekeluarga terkejut mendengar suara ghaib tersebut)
Kinoingan: (melihat sekeliling mencari pemilik suara ghaib tersebut) Siapakah
kamu?
Suara Ghaib: Kinoingan, jika kamu
mahu bencana kemarau di kampung ini ditamatkan, kamu mesti mengorbankan anakmu
Huminodun. Hanya dia yang mampu mengembalikan keamanan dan keharmonian di
kampung ini.
(Kinoingan
dan keluarganya kelihatan terkejut mendengar apa yang diperkatakan suara ghaib
tersebut. Kinoingan bertanya lagi siapakah gerangan pemilik suara tersebut
namun tiada lagi suara yang kedengaran)
Huminodun: Ama, jika betul apa yang
suara ghaib itu katakan, saya rela dikorbankan agar kesengsaraan penduduk
kampung berakhir.
Suminundu: (sedikit berteriak) Tidak! Kamu satu-satunya anak kami Huminodun!
Kami tidak akan mengorbankan kamu.
Huminodun: Ina, saya sanggup
dikorbankan demi kehidupan orang kampung kita. Saya tidak sanggup lagi melihat
kesengsaraan mereka.
Suminundu: Tidak, Huminodun. Ina
tidak sanggup. (berpaling kepada
Kinoingan) Abang katalah sesuatu. Kita tidak akan mengorbankan anak kita
satu-satunya bukan?
(Kinoingan
hanya terpaku, seperti memikirkan sesuatu)
Huminodun: Ama, saya rela menjadi
korban asalkan penduduk kampung tidak lagi sengsara.
Kinoingan: Adakah kamu tidak akan
menyesal Humindodun?
Huminodun: Tidak, Ama! Saya tidak
akan menyesal dengan keputusan ini.
Suminundu: Tidak Huminodun! Ina tidak
sanggup kehilangan kamu.
Huminodun: ina, huminodun tidak akan
berganjak dari keputusan ini.
(pentas
digelapkan)
Babak
5
Tempat: sawah/huma
Waktu: siang
Pencerita:
keesokan harinya Huminodun menyatakan keputusannya kepada penduduk kampung.
Penduduk kampung amat sedih dengan situasi tersebut namun tidak mampu berbuat
apa-apa. Huminodun telah meminta semua penduduk kampung berkumpul di sawah bagi
menjalankan upacara korban tersebut. Sifat penyayang dan belas kasihnya yang
tinggi menyebabkan Huminodun tidak gentar sedikitpun menjalani upacara itu.
(Kinoingan,
Suminundu dan penduduk kampung sedang berdiri menanti ketibaan Huminodun yang
diiringi beberapa gadis lain)
Suminundu: (berlari kearah Huminodun) Nak, jangan lakukan ini. Ina tidak
sanggup kehilanganmu.
Huminodun: (tersenyum) Janganlah risau, Ina. Walaupun jasad Huminodun tiada
lagi, kasih sayang Huminodun akan sentiasa berada disini menemani Ina.
(Suminundu
menangis teresak-esak tidak sanggup melihat anaknya dikorbankan. Beberapa orang
penduduk berusaha menenangkan Suminundu.)
Huminodun: Ama, marilah mulakan
upacara ini.
(Huminodun
berbaring diatas tanah lalu meutup matanya. Kinoingan menuju kearah anaknya itu
dengan berat hati. Seperti lagak seorang Bobolian, Kinoingan menjalankan
upacara tersebut dengan bibir terkumat-kamit membaca mantera dan jampi.
Beberapa penduduk lain membunyikan bunyi-bunyian sesuai dengan upacara
tersebut. Suminundu makin kuat menangis)
Huminodun: Semoga pengorbanan ini
memberikan sinar kehidupan bagi semua.
(Kinoingan
kemudiannya mengambil sebilah pisau kemudian menusuk tepat ke jantung
Huminodun. Darah merah pekat mengalir perlahan-lahan dari luka tusukan pisau
tersebut)
Suminundu: (menangis kuat menerpa ke arah jenazah Huminodun) Tanakku!
(seketika
kemudian angin kencang bertiup diselangi hujan yang renyai-renyai. Keadaan itu
menandakan pengorbanan Huminodun berbaloi. Penduduk kampung bersorak
kegembiraan)
Pencerita: Bermula daripada
kejadian tersebut orang-orang Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan, juga
dikenali sebagai KOKOTUAN (Pesta Menuai) seperti yang dirayakan sejak awal
sehingga kini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang
bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan dilakukan terhadap semangat
padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam
ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta
Kaamatan ini juga mengingatkan kaum tersebut mengenai asal-usul serta pencipta
mereka, Kinorohingan, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, Humindoun
untuk menyalamatkan mereka daripada mati kebuluran.
Masyarakat Kadazan Dusun juga mempercayai jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan. Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.
Masyarakat Kadazan Dusun juga mempercayai jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan. Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.
Bagus bro..keep writing
BalasPadamBagus bro..keep writing
BalasPadamSelamat pagi sdr jeff...tahniah skrip lagenda huminodun ini, salam kenal dari saya Jasni Yakub @ JY, penulis dan pelakon teater Sabah. Saya cadang adaptasikan skrip ini ke pentas teater, sdr akan terlibat sebagai pelakon. Mudahan kita dapat bejumpa selepas PKP, hp saya 010-9305214....tkasih. Jy
BalasPadamPerkampungan sebenar Huminodun itu di mana lokasi sebenar admin?tq
BalasPadamTerbaaeek...story,berkaitan huminodun ni,sejarah semangat padi,diraihkan bagi mengenangkan pengorbanannya bagi menyelamatkan nyawa org kg...patut la unduk ngadau semua cantik2 bagi merebut gelaran siapakah huminodun..
BalasPadam